Polis siasat pelajar Tingkatan 2 dakwa dibuli, dipukul

Polis siasat pelajar Tingkatan 2 dakwa dibuli, dipukul

Polis berkata bapa mangsa membuat laporan selepas dimaklumkan anaknya beberapa kali dibuli dan dipukul di sekolah.

wan azlan
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menyiasat laporan seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah di USJ 4 yang mendakwa menjadi mangsa buli dan pukul beberapa pelajar sejak bulan lalu.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata siasatan dibuat selepas bapa mangsa membuat laporan pada Jumaat lalu selepas mengetahui kejadian itu beberapa kali berlaku pada anaknya.

Katanya, pelajar itu memberitahu bapanya dia telah dipukul seorang pelajar di sekolah berkenaan pada hari yang sama.

“Pada Selasa lepas, semasa mangsa berada di kelas, seorang pelajar telah datang dan terus menumbuk mukanya.

“Kejadian kedua berlaku pada Jumaat lepas dan mangsa menyatakan bahawa telah datang tiga lagi pelajar di sekolah itu yang menolak pengadu hingga berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.