
“Separuh dari peneroka dahulu telah menyatakan mereka mula meneroka 1974, mungkin kalau 1974, pokoknya mungkin dah usia 40-50 tahun, lebih kurang jadi ada pokok yang berusia dalam lapan ke sembilan tahun.
“Ini penerokaan yang lain, jadi kerajaan negeri telah kira semua ini,” katanya kepada pemberita.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian didakwa haram di Raub mencetuskan kontroversi selepas pekebun menyuarakan rasa tidak puas hati ke atas kemusnahan tanaman mereka.
Susulan itu, kerajaan Pahang menafikan melanggar perintah mahkamah apabila menebang sekitar 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub.
Pada 12 April, Azam berkata, SPRM akan menyiasat kes pencerobohan tanah di Raub, dengan menumpukan kepada isu dna dakwaan rasuah melibatkan Pejabat Tanah dan Galian negeri.
Hari ini, Azam menekankan keazaman SPRM membongkar pencerobohan haram berkenaan yang tidak dikesan sejak sekian lama.
Katanya, mereka yang bertanggungjawab akan dipanggil untuk soal siasat, dan senarai individu berkenaan telah dikenal pasti.
“(Setakat ini) tangkapan tiada, tapi kita menyiasat kes berkenaan dengan teliti,” katanya.
Pada 14 April, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan tanah negeri tidak boleh diceroboh sewenang-wenangnya dan menyeru tindakan tegas diambil kepada mereka yang terlibat.