TAK RASMI: PN belum pintas BN, Yusri di depan dengan 6,622 undi

TAK RASMI: PN belum pintas BN, Yusri di depan dengan 6,622 undi

Menurut pusat media BN, Yusri Bakir raih kelebihan 3,275 undi berbanding dua pencabar.

PRK N48 - VOTING ayer kuning
Proses pengundian PRK Ayer Kuning hari ini melibatkan 31,281 pengundi berdaftar.
TAPAH:
Perikatan Nasional (PN) masih belum dapat memintas Barisan Nasional (BN) menurut keputusan tidak rasmi PRK Ayer Kuning setakat ini.

Menurut pusat media BN, Yusri Bakir berada di hadapan dengan kelebihan 3,275 undi, dengan 6,622 undi berbanding 3,347 undi yang diperolehi pencabar terdekat, Abd Muhaimin Malek dari PN.

Penjumlahan undi bermula selepas 19 pusat pengundian ditutup petang tadi. Pengundian awal dilakukan pada Selasa.

Seramai 31,897 pengundi dalam daftar pemilih PRK Ayer Kuning, yang diadakan susulan kematian Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.

Ishsam terpilih untuk mewakili rakyat Ayer Kuning pada PRU 2022, menewaskan pencabar dari Pakatan Harapan, Parti Sosialis Malaysia, dan Pejuang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.