TAK RASMI: BN dahului persaingan PRK Ayer Kuning

TAK RASMI: BN dahului persaingan PRK Ayer Kuning

BN dikatakan mendahului persaingan dengan majoriti 359 undi, berdasarkan kiraan peti undi awal dan Kampong Raya.

CANDIDATES PRK AYER KUNING
Calon BN Mohamad Yusri Bakir dikatakan meraih 480 undi berbanding calon PN yang peroleh 121 undi.
TAPAH:
Barisan Nasional (BN) mendahului persaingan PRK DUN Ayer Kuning di Perak dengan majoriti 359 undi, menurut keputusan tidak rasmi setakat ini.

Calon BN, Mohamad Yusri Bakir, dikatakan meraih 480 undi untuk berada di hadapan pencabar terdekat, Abd Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) yang peroleh 121 undi.

Jumlah tak rasmi itu berdasarkan kiraan di peti undi awal dan peti undi Kampong Raya, menurut Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook.

Seramai 31,897 pengundi dalam daftar pemilih PRK Ayer Kuning, yang diadakan susulan kematian Ishsam Shahruddin pada 22 Feb.

Ishsam terpilih untuk mewakili rakyat Ayer Kuning pada PRU 2022, menewaskan pencabar dari Pakatan Harapan, Parti Sosialis Malaysia, dan Pejuang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.