PRK Ayer Kuning: 19 pusat undi dibuka serentak 8 pagi

PRK Ayer Kuning: 19 pusat undi dibuka serentak 8 pagi

Sebanyak 18 pusat dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti akan ditutup lebih awal pada 4 petang.

PRK Ayer Kuning
Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
TAPAH:
Semua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran bagi PRK DUN Ayer Kuning dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti akan ditutup lebih awal pada 4 petang.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Merdeka dan keputusan rasmi dijangka diperoleh sekitar 9 malam ini.

Selasa lalu, sebanyak 93.4% daripada 500 anggota polis dan pasangan menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb lalu akibat serangan jantung.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mohamad Yusri Bakir, Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan Parti Sosialis Malaysia KS Bawani.

Yusri mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong manakala Muhaimin di SK Ayer Kuning dan Bawani di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pheng Lok.

PRU15 pada November 2022 menyaksikan Ishsam, yang juga ketua Umno Tapah, memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.