
Semua 19 pusat mengundi dengan 63 saluran dibuka serentak pada 8 pagi.
Sebanyak 18 pusat mengundi dibuka hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti akan ditutup lebih awal pada 4 petang.
Peratusan keluar mengundi bagi DUN itu mencapai 74.85% pada PRU15 November 2022.
Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan memilih wakil rakyat baharu susulan kematian Ishsam Shahruddin daripada Barisan Nasional pada 22 Feb lalu.
Pada PRU15 Ishsam yang juga ketua Umno Tapah memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.
PRK hari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohamad Yusri Bakir, Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan Parti Sosialis Malaysia KS Bawani.