
Menterinya Aaron Ago Dagang dalam kenyataan berkata inisiatif itu antara komitmen kerajaan meringankan kos pembelian bahan bacaan yang boleh membantu dalam aspek pendidikan dan akses kepada sumber ilmu.

Menurutnya, program dikendalikan Perpustakaan Negara Malaysia itu juga secara langsung dapat memupuk dan memperkasa budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Ia dilaksanakan dengan kerjasama antara Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia, dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.
“Kementerian Perpaduan Negara berterima kasih kepada Shopee, sebagai rakan e-dagang rasmi Perpustakaan Negara Malaysia.
“Melalui jalinan kerjasama ini, Shopee bersetuju memudahkan penebusan baucar, memperluas akses kepada buku berkualiti dengan harga mampu menyumbangkan baucar Shopee Live bagi mengalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli buku dan membaca,” kata Aaron.
Beliau turut menjelaskan inisiatif berkenaan juga dapat membantu merancakkan industri buku tempatan dengan meningkatkan jualan dan menggalakkan pembukaan kedai baharu.
Baucar itu boleh ditebus di pesta buku negeri terbabit yang boleh dirujuk di laman sesawang ini.
Orang ramai akan mendapat baucar RM10 dengan pembelian minimum RM20 dalam satu resit transaksi bagi pembelian buku tempatan atau terbitan dalam negara sahaja.