KKM dapat ‘lampu hijau’ naik elaun tugas atas panggilan, kata Dzulkefly

KKM dapat ‘lampu hijau’ naik elaun tugas atas panggilan, kata Dzulkefly

Menteri Dzulkefly Ahmad berkata pengumuman mengenai jumlahnya akan dibuat kemudian.

DZULKEFLY AHMAD
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, berkata aspek kebajikan petugas kesihatan sentiasa diperjuangkan dan menjadi keutamaan baginya.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mendapat ‘lampu hijau’ menaikkan elaun tugas atas panggilan (Etap) bagi petugas kesihatan dan pengumuman lanjut mengenainya akan dibuat nanti, kata Menteri Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, aspek kebajikan petugas kesihatan sentiasa diperjuangkan dan menjadi keutamaan baginya sepanjang mengemudi KKM.

“Kenaikan ‘active allowance’ atau Etap itu telah pun kita dapat persetujuan, cuma untuk mengumumkan jumlahnya itu, saya diminta untuk tunggu pengumuman,” katanya menurut Bernama selepas melancarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan di Putrajaya.

Etap merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh pegawai perubatan dalam merawat pesakit semasa bertugas ‘on-call’ di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Dzulkefly berkata, pihaknya juga telah mendapat persetujuan berkaitan ‘fee schedule’ membabitkan klinik dan hospital swasta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.