
Ketua Polis Johor M Kumar berkata individu berusia 40 hingga 48 tahun itu ditahan menerusi Op Letrik yang dijalankan dengan kerjasama Pasukan Seal Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Serbuan terhadap sembilan premis di sekitar bandar raya ini, Seri Alam, Kulai, Segamat dan Tangkak merampas 87 mesin melombong bitcoin yang dianggar bernilai RM217,500.
“Turut dirampas pelbagai jenis telefon bimbit, komputer riba, modem router dan beberapa anak kunci. Berdasarkan siasatan, mereka menyasarkan kawasan perumahan dan rumah kedai sebagai tempat operasi.
“Kegiatan mencuri elektrik ini juga menyebabkan TNB mengalami kerugian sebanyak RM1,289,371.86,” menurut kenyataan.
Kumar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik.