
Perintah reman empat hari hingga 26 April terhadap suspek wanita berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Noora Nisa Ngadirin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.
Sumber berkata, berdasarkan maklumat terdapat pengerusi JPKK di daerah itu menyalahgunakan kuasa dengan membuat pindahan wang dari akaun JPKK ke akaun persendirian bagi kegunaan peribadi tanpa kebenaran ahli.
“Mereka turut dipercayai membuat pembelian aset tanpa kebenaran mana-mana pihak selain tidak mengemukakan bukti pembayaran perbelanjaan kepada ahli mesyuarat JPKK.
“Susulan maklumat ini, SPRM menahan seorang wanita kira-kira 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.