Sidang khas Dewan Rakyat 5 Mei bincang isu tarif AS

Sidang khas Dewan Rakyat 5 Mei bincang isu tarif AS

Sebelum ini, media melaporkan notis sudah dikeluarkan untuk sidang khas itu, tetapi difahamkan Ahli Parlimen belum menerimanya.

dewan-rakyat
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengesahkan Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas bulan depan untuk bincang isu tarif AS.
PETALING JAYA:
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengesahkan sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan 5 Mei ini untuk membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.

“Ya, ada (sidang khas Dewan Rakyat 5 Mei ini),” katanya menurut Berita Harian pada Majlis Aidilfitri Madani Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Sebelum ini, media melaporkan notis sudah dikeluarkan untuk sidang khas itu, tetapi difahamkan Ahli Parlimen belum menerimanya.

Pada 2 April lalu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif “timbal balik” ke atas beberapa negara, termasuk banyak rakan dagang Asia Tenggaranya, dengan Malaysia dikenakan kadar 24%.

Tetapi, beliau kemudian mengumumkan penangguhan sementara penguatkuasaan tarif import selama 90 hari pada 11 April lalu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz dijangka mengadakan pertemuan penting dengan wakil perdagangan AS, Jamieson Greer dan beberapa pegawai kanan lain ketika lawatan kerja dua hari ke Washington 24 April ini bagi membincangkan isu tarif.

Katanya, beliau juga akan menemui dewan perniagaan, syarikat dan kumpulan berkepentingan bagi menjelaskan pendirian Malaysia sebagai negara neutral serta kepentingannya dalam sektor strategik seperti semikonduktor serta elektrik dan elektronik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.