
Ketua Polis Bentong Zaiham Mohd Kahar berkata warga asing terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 32 hingga 49 tahun itu ditahan polis bantuan Genting Highlands pada jam 3.05 pagi.
“Polis mendapati klip video yang berdurasi 42 saat berkaitan kejadian tersebut telah tular di beberapa platform media sosial.
“Pergaduhan tersebut dikatakan berpunca daripada tidak puas hati kerana tidak mendapat bilik hotel setelah membayar RM1,500,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 160 dan 448 Kanun Keseksaan.
Katanya, ketiga-tiga warga asing itu juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa.
“Semua suspek direman sehingga hari ini,” katanya.