
Turut gagal mengekalkan kedudukan peneraju adalah Christina Liew, bekas ketua PKR Sabah dan Pakatan Harapan (PH) negeri itu yang kalah di Kota Kinabalu, menurut keputusan disahkan Jawatankuasa Pemilihan Parti.
Naib Ketua PKR Sabah Raymond Ahuar selaku penyandang kalah di Pensiangan apabila mendapat 823 undi berbanding pemenang Rufinah Pangeran dengan 2,694 undi. Seorang lagi calon Danny Anthony Andipai sekadar memperoleh 81 undi.
Keadaan sama turut dihadapi Setiausaha PKR Sabah Sazalye Donol Abdullah yang gagal pertahan jawatan ketua PKR Kota Marudu dalam pertembungan empat penjuru. Pemenang Zaidi Jatil menerima 1,031 berbanding 512 undi diterima Sazalye.
Sementara itu, Liew yang juga menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah gagal pertahan ketua PKR Kota Kinabalu selepas tewas kepada Lee Li Mei.
Adun Api-Api itu mendapat 1,157 undi berbanding Lee yang meraih 1,381 undi. Liew menjadi ketua PKR Sabah dari 2018 hingga 2021 dan mengepalai PH Sabah dalam tempoh 2018-2022.

Di Kota Belud, Mustapha yang juga timbalan menteri pendidikan tinggi menang selesa dengan 1,405 undi berbanding lawannya Modily Banggali yang hanya mendapat 100 undi dan Azharie Jenaim (67 undi).
Naib Presiden PKR Awang Husaini Sahari pula menang di Putatan selepas memperoleh 684 undi berbanding pesaingnya Tony Biki yang menerima 296 undi.
Turut mengekalkan kedudukan sebagai ketua dalam pemilihan itu termasuk Timbalan Ketua PKR Sabah Peto Galim yang juga Adun Inanam di Sepanggar dan Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin di Tuaran.
Bekas ketua PKR Sabah Sangkar Rasam pula menang di Keningau.