
Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhar Ahmad berkata infrastruktur itu akan dibangunkan sepanjang laluan kereta api sejauh 1,600km sebagai untuk meningkatkan capaian telekomunikasi di sepanjang koridor rel negara.
Menurutnya, langkah itu menjadi sebahagian tindakan strategik untuk menyokong agenda transformasi digital kerajaan.
“Langkah ini bertujuan membuka akses kepada pemain industri telekomunikasi berlesen melalui proses permintaan cadangan (RFP), sekali gus mengoptimumkan penggunaan aset rel negara untuk pembangunan rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi,” katanya semasa Hari Terbuka RAC di sini hari ini.
Permintaan cadangan bagi projek itu telah dilaksanakan pada tahun 2023.
Surat penerimaan disampaikan oleh Azhar kepada Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee.
Majlis penyerahan disaksikan Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sementara itu, Pengarah Urusan YTL Communications Yeoh Seok Hong berkata pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan RAC dalam merealisasikan visi untuk menjadikan koridor rel sebagai pemacu keterangkuman digital negara.
“Inisiatif itu langkah penting untuk membuka lebih banyak akses kepada internet berkelajuan tinggi demi manfaat rakyat.
“Ia sekali gus merapatkan jurang digital dan memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengakses dunia digital yang berkembang pesat,” katanya.