Gaduh rebut kekasih, bapa 2 anak antara 3 didenda RM1,200

Gaduh rebut kekasih, bapa 2 anak antara 3 didenda RM1,200

Tiga lelaki itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 17 tahun pada 2 Dis 2020.

Mahkamah Majistret Batu Pahat
Tiga tertuduh berusia 20 hingga 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan membelasah seorang lelaki lima tahun lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tiga rakan, termasuk seorang bapa dua anak masing-masing didenda RM1,200 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan membelasah seorang lelaki dalam perebutan teman wanita lima tahun lalu.

Harian Metro melaporkan Ng Yeong Jye, 22, Ng Jia Xin, 21, dan Lim Song Ying, 20, dijatuhkan hukuman itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Arun Noval Dass.

Mereka didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang remaja 17 tahun di sebuah kedai makan di Taman Setia Jaya pada 12.30 tengah malam 2 Dis 2020.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah tiga tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu. Semua tertuduh kemudian membayarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.