Pegawai perikanan Johor disyaki buat tuntutan palsu RM110,000

Pegawai perikanan Johor disyaki buat tuntutan palsu RM110,000

Wanita itu didakwa arah sebuah syarikat kontraktor kemuka butiran palsu kepada jabatan bagi bantuan pembangunan semula projek agromakanan.

macc
Pengarah SPRM Johor Azmi Alias berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
PETALING JAYA:
Pegawai perikanan Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki kemuka tuntutan palsu lebih RM110,000.

Memetik sumber, Sinar Harian melaporkan wanita berusia 44 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Johor, sekitar 11 pagi tadi.

Suspek dipercayai mengarahkan sebuah syarikat kontraktor mengemukakan dokumen tuntutan mengandungi butiran palsu kepada jabatannya.

Tuntutan palsu itu dikatakan berkaitan kerja membekal, menghantar, dan mentauliah peralatan sokongan kepada penerima bantuan peruntukan pembangunan semula projek agromakanan negeri.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Johor Azmi Alias mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.