
KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan kononnya terdapat ancaman letupan di sebuah stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya menerima makluman berhubung satu kejadian letupan membabitkan kereta di lokasi berkenaan.
“Hasil pemeriksaan kejadian letupan berlaku disebabkan bateri kereta meletup,” menurut kenyataan.
Sebelum ini, satu video tular di media sosial mendakwa berlaku letupan dan tangkapan dibuat oleh polis.