
Ketua Polis Alor Gajah Ashari Abu Samah berkata suspek berusia 65 tahun itu ditahan kelmarin dan direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Menurutnya mangsa berusia 82 tahun itu dikatakan berbalah dengan suspek mengenai parkir kereta sebelum ditolak dengan kuat menggunakan tangan sehingga menyebabkannya jatuh terlentang atas jalan.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah tulang belakang,” katanya menurut Kosmo.
Ashari berkata penahanan suspek mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang melihat kejadian itu sebagai bukti betapa pentingnya kawalan emosi, khasnya di tempat awam.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak bertindak melulu ketika berdepan situasi tegang kerana ia boleh membawa padah.