
Katanya, pengumuman Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada Khamis lalu melibatkan peruntukan pembangunan dan infrastruktur RM6.13 juta di Tapah tahun ini sebagai ‘terlewat’.
“Patut projek diumum lebih awal, ini macam (umum) bila sudah semua orang mula bising, jadi perkara-perkara seperti ini walaupun mungkin tak ada niat (oleh KPKT lewat umum projek), perkara seperti ini yang tidak memberi keselesaan antara parti-parti kerajaan perpaduan,” katanya kepada FMT.
Dua hari sebelum penamaan calon PRK Ayer Kuning, Nga umum peruntukan melaksanakan 33 projek di Tapah merangkumi naik taraf tandas awam, medan selera, dewan serta pemasangan lampu LED.
Pengumuman Nga itu turut dipersoal calon PRK Ayer Kuning daripada PSM, Bawani KS bahawa peruntukan itu sepatutnya boleh dibuat pada masa lain. Bawani mendakwa pengumuman beberapa hari menjelang kempen PRK itu satu kesalahan dan rasuah kepada rakyat.
Namun, perkara itu disangkal Adun Canning sambil menyatakan Nga pada awal tahun ini turut mengumumkan beberapa peruntukan lain sebelum kerusi Ayer Kuning kosong lagi.
Dalam pada itu, Saravanan yang juga timbalan presiden MIC, berkata penduduk di kawasan diwakilinya mahu peruntukan pembangunan dan infrastruktur awam segera diagih, lebih-lebih lagi kedudukannya menyokong kerajaan perpaduan.
“Mereka (penduduk) merasakan walaupun kita kata ini kerajaan perpaduan, bekerjasama, dan sebagainya, tetapi kawasan-kawasan Barisan Nasional (BN) masih dianaktirikan,” dakwanya.