Selangor akan roboh rumah ibadat peribadi di tapak masjid

Selangor akan roboh rumah ibadat peribadi di tapak masjid

Menteri Besar Amirudin Shari berkata rumah ibadat di Dengkil itu tidak berdaftar dan dibina tidak sah.

amirudin
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, berkata tidak wajar rumah ibadat didirikan di tanah diperuntuk bagi pembinaan masjid.
PETALING JAYA:
Kerajaan Selangor akan bertindak merobohkan rumah ibadat peribadi jika gagal dikosongkan di tapak cadangan pembinaan Masjid Dengkil, kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Katanya, ia sejajar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu itu segera diselesaikan bagi kepentingan umat Islam di kawasan berkenaan.

Beliau menegaskan, tapak itu bukan tanah hak milik rasmi dan kewujudannya tidak diiktiraf secara sah mengikut undang-undang negeri atau Perlembagaan Persekutuan.

“Ia hanya tempat ibadat peribadi dan bukannya masjid atau rumah ibadat berdaftar.

“Maka, tidak wajar didirikan di atas tanah yang telah diperuntukkan untuk pembinaan masjid bagi manfaat komuniti Islam setempat,” katanya menurut Kosmo di Sabak Bernam.

Amirudin berkata, isu itu akan diselesaikan kerajaan negeri dalam tempoh sebulan.

“Mengikut titah Tuanku (Sultan Selangor), kami akan mengambil tindakan dalam tempoh sebulan bagi menyelesaikan isu ini. Pemilik rumah ibadat itu sudah bersetuju untuk mengosongkan kawasan berkenaan. Kita tegas dalam isu ini, namun keharmonian kaum dan agama akan terus terpelihara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.