Kami menang di hati anggota sebenar bukan ahli import, kata ketua PKR Kangar

Kami menang di hati anggota sebenar bukan ahli import, kata ketua PKR Kangar

Walaupun dapat pertahan jawatan ketua PKR Kangar, regu Amin Ahmad tewas bagi jawatan timbalan dan naib.

Amin Ahmad menewaskan Gan Ay Ling bagi jawatan ketua PKR Kangar pada pemilihan parti semalam.
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Kangar Amin Ahmad menewaskan Adun Indera Kayangan Gan Ay Ling untuk mempertahankan jawatan ketua PKR Kangar pada pemilihan semalam.

Menerusi keputusan diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti, Amin memperoleh 1,295 undi manakala Gan mendapat 1,059 undi.

Bagaimanapun, Azam Karap, ‘regu’ Amin bagi jawatan timbalan ketua Kangar tewas apabila mendapat 1,134 undi manakala pemenang Nazman Omar memperoleh 1,212 undi.

Seorang lagi ‘regunya’ Mokhtar Che Kassim turut tewas bagi jawatan naib ketua kepada Som Chai Lom.

Mokhtar mendapat 1,114 undi manakala Som memperoleh 1,233 undi.

Sementara itu, Amin berkata walaupun bukan semua dalam pasukannya menang namun mereka menang di hati majoriti anggota sebenar bahagian Kangar.

“Bukan anggota import pihak lawan.

“Terima kasih kepada semua anggota parti Cabang Kangar yang mengambil bahagian dengan penuh tanggungjawab,” katanya di Facebook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.