Remaja ditahan cabul rakan sebaya

Remaja ditahan cabul rakan sebaya

Polis berkata mangsa berusia 16 tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibunya yang membuat laporan kira-kira 8 malam Rabu.

handcuff
Timbalan Ketua Polis Tawau Champin Piuh berkata suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
PETALING JAYA:
Seorang remaja ditahan semalam kerana mencabul rakan sebaya di sebuah kampung di Tawau, Sabah.

Timbalan Ketua Polis Tawau, Champin Piuh, berkata pelajar perempuan 16 tahun memaklumkan kejadian itu kepada ibunya yang membuat laporan kira-kira 8 malam Rabu.

“Pengadu dimaklumkan anaknya bahawa kawannya seorang lelaki telah membuat gangguan seksual dengan mencabulnya,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau bagi membantu siasatan bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa yang masih bersekolah saling mengenali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.