
Menteri Nga Kor Ming berkata peruntukan itu bagi melaksanakan 33 projek merangkumi kerja menaik taraf tandas awam, medan selera, dewan serta pemasangan lampu LED.
Menurutnya, daripada jumlah itu, RM3.05 juta disalurkan untuk pelaksanaan 16 projek menambah baik infrastruktur yang diselia Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
“RM1.87 juta untuk pelaksanaan 10 projek kemajuan kampung baru Cina membabitkan kerja naik taraf jalan, longkang dan dewan selain RM798,000 untuk naik taraf landskap kepada Majlis Daerah Tapah.
“RM377,000 disalurkan untuk kerja penggantian pagar, taman permainan dan kerja pendawaian semula PPR dan RM40,000 di bawah program baik pulih rumah dalam Parlimen Tapah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Sentuhan Kasih KPKT 3.0 di Pasar Awam Tapah Road.
Katanya, KPKT komited memastikan setiap dana dibelanjakan itu mempunyai pertimbangan pulangan pelaburan yang tinggi dan berlandaskan prestasi.
“Kerajaan perpaduan menitik beratkan pembangunan seluruh negeri termasuk di Tapah, tanpa mengenal batas wilayah atau perbezaan politik,” katanya.