Surat amaran menanti premis gagal patuh larangan pamer produk rokok

Surat amaran menanti premis gagal patuh larangan pamer produk rokok

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata penguatkuasaan secara berfasa sedang berlangsung sehingga 1 Okt ini.

rokok display
Perintah larangan pameran produk merokok di kaunter jualan membabitkan 51,000 kedai menjual produk merokok di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran kepada premis gagal mematuhi larangan pameran produk merokok di kaunter jualan.

Menterinya, Dzulkefly Ahmad, berkata penguatkuasaan secara berfasa sedang berlangsung sehingga 1 Okt ini.

“Penguatkuasaan berfasa masih lagi berlangsung dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, kementerian akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit,” katanya menurut Sinar Harian sempena Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator di Putrajaya.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 bersama peraturan dan perintah berkaitan dikuatkuasakan mulai 1 Okt 2024. Ia merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

Perintah larangan itu membabitkan 51,000 kedai menjual produk merokok di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata, satu sesi libat urus dengan Persatuan Perubatan Malaysia berkaitan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP) terhadap fasiliti penjagaan kesihatan swasta akan diadakan dalam masa terdekat.

Pemaparan harga ubat akan dikuatkuasakan 1 Mei ini melalui perintah bawah AKHAP.

Seksyen 10 AKHAP memperuntukkan kuasa menteri untuk menghendaki barang atau perkhidmatan ditanda dengan harga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.