BNM denda Syarikat SM Ziaudeen, Alipay Malaysia tak patuh kawal selia

BNM denda Syarikat SM Ziaudeen, Alipay Malaysia tak patuh kawal selia

BNM mengenakan penalti monetari pentadbiran RM193,500 kepada SSMZ dan RM340,000 terhadap Alipay Malaysia.

bank negara malaysia
Bank Negara berkata tindakan penguatkuasaan itu selaras pendekatan dan proses digariskan dalam Pendekatan Penguatkuasaan.
KUALA LUMPUR:
Bank Negara (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran RM193,500 kepada Syarikat SM Ziaudeen Sdn Bhd (SSMZ) dan RM340,000 terhadap Alipay Malaysia Sdn Bhd (Alipay) atas ketidakpatuhan kawal selia.

BNM dalam kenyataan berkata, SSMZ tidak patuh kepada keperluan usaha wajar pelanggan dan usaha wajar berterusan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (MSBA).

Penalti yang dikenakan pada 28 Ogos 2024 itu berkaitan ketidakpatuhan terhadap Seksyen 74 dan 75(1)(b) MSBA, dibaca bersama Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.

SSMZ membayar penalti itu 28 Ogos lalu.

BNM turut mengenakan penalti RM340,000 terhadap Alipay pada 19 Jun lalu kerana tidak mematuhi Seksyen 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, juga dibaca bersama Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.

Alipay membayar penalti itu 3 Julai lalu.

BNM berkata, tindakan penguatkuasaan itu selaras pendekatan dan proses digariskan dalam Pendekatan Penguatkuasaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.