
Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, pihaknya mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah RM493,500 ke atas BPMB berikutan ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 serta Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.
Bank pusat itu turut mengenakan penalti monetari pentadbiran sebanyak RM3.26 juta ke atas HSBC Bank Malaysia Bhd kerana ketidakpatuhan terhadap keperluan berkaitan dengan usaha wajar pelanggan dan keperluan saringan sekatan, serta ke atas HSBC Amanah Malaysia Berhad (HBMS) kerana ketidakpatuhan.
Penalti tersebut dikenakan kerana ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 serta keperluan berkaitan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.
BNM juga mengumumkan, pada 3 Mac lepas, pihaknya mengenakan penalti sebanyak RM1.2 juta kepada Maybank Islamic Bhd kerana ketidakpatuhan dengan Seksyen 155(3)(b) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Katanya, penalti turut dikenakan kerana ketidakpatuhan dengan Dokumen Dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.