Penunggang motosikal maut terlanggar lubang

Penunggang motosikal maut terlanggar lubang

Mangsa, Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat cedera parah.

Penunggang motosikal maut angkara jalan berlubang
Tangkap layar video tular kejadian yang dikongsi warganet di media sosial.
PETALING JAYA:
Seorang pemuda maut selepas motosikalnya terbabas akibat terlanggar lubang dalam kejadian di Kuantan, petang semalam.

Kemalangan di Jalan Kuantan-Cherok Paloh berhampiran Kampung Hijrah kira-kira 5.17 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat cedera parah.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Hijrah menghala ke arah Kampung Chempaka.

Menurutnya, motosikal mangsa dipercayai terlanggar lubang lalu hilang kawalan dan terbabas sebelum tercampak jatuh ke atas jalan raya.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa yang mengalami cedera parah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut.

“Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 7.50 petang hari yang sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, menurut Sinar Harian.

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang menunjukkan kejadian kemalangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.