
Ketua Polis Pahang Yahaya Othman memberitahu pemberita, suspek difahamkan tiada rekod sakit mental, lapor Bernama.
Kes ini bagaimanapun masih disiasat lanjut oleh polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tambahnya.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mayat dua budak perempuan masing-masing berusia 3 dan 4 tahun, serta ibu bapa mereka masing-masing berusia 32 dan 28 tahun ditemukan di dalam bilik di rumah terletak di Taman Cherating Damai.
Sementara itu, mayat seorang wanita berusia 55 tahun, dipercayai nenek kanak-kanak terbabit, ditemukan di ruang dapur.
Yahaya berkata, suspek lelaki dipercayai mencederakan isteri, ibu dan dua anaknya menggunakan senjata tajam disyaki pisau, sebelum mencederakan dirinya sendiri sehingga meninggal dunia.
Mayat kesemua lima beranak itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat.
Dua jenazah dijangka dikebumikan hari ini, manakala tiga lagi esok.