
TNB dalam kenyataan memaklumkan rebat tersebut akan berdasarkan bil Mac 2025 dan akan dikreditkan terus ke dalam bil elektrik bagi April 2025.
“Bantuan ini melangkaui rebat bil iaitu termasuk mengetepikan sebarang caj penyambungan semula untuk aplikasi bekalan elektrik bagi rumah yang terkesan dengan insiden itu dan mengecualikan pelanggan yang terjejas daripada surcaj bayaran lewat pada bil elektrik semasa mereka,” menurut kenyataan.
TNB akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan kontraktor berdaftar bagi menjalankan pemeriksaan menyeluruh sistem pendawaian elektrik di rumah yang terjejas, bagi memastikan prasarana elektrik selamat untuk kegunaan dan tidak mendatangkan risiko kepada penduduk.
Bagi bantuan lanjut, TNB mendirikan kaunter perkhidmatan berhampiran bilik operasi polis bermula 2 Apr bagi pengguna terjejas mendapatkan bantuan.
“Pegawai TNB juga akan menghubungi terus pelanggan yang terkesan untuk menawarkan sokongan dan panduan yang diperlukan,” katanya.
“TNB memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ia akan terus memantau keadaan dan menilai keperluan untuk bantuan tambahan yang diperlukan dari semasa ke semasa.”