Hanya 1 mangsa kebakaran masih di ICU hospital Selangor

Hanya 1 mangsa kebakaran masih di ICU hospital Selangor

Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata tiga pesakit dirawat di Hospital Cyberjaya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata pesakit itu dirawat di unit rawatan rapi Hospital Ampang. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Hanya seorang mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital Selangor.

Pengarah Kesihatan Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin, berkata pesakit itu sedang dirawat di Hospital Ampang.

“Apa yang saya boleh sahkan ialah hanya seorang pesakit dirawat di ICU hospital di bawah Selangor, iaitu Hospital Ampang setakat pagi ini,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, tiga pesakit yang dirawat di Hospital Cyberjaya pula dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.

Pengarah Hospital Cyberjaya, Dr Shahabuddin Ibrahim, mengesahkan tiada lagi mangsa kebakaran dirawat di hospital itu.

Semalam, Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata, 86 mangsa dirawat di fasiliti kerajaan, manakala 46 orang di fasiliti swasta setakat 3 petang Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.