
Anwar mengumumkan bantuan tunai bagi rumah yang rosak dan terkesan dalam masa terdekat.
“Untuk langkah segera, untuk satu, dua hari ini, Petronas, dan kalau perlu kerajaan persekutuan akan lihat keperluan menambah, akan menyediakan bagi rumah-rumah yang rosak sepenuhnya itu diberikan RM5,000 segera supaya mereka dapat belanja sementara, dan yang terkesan iaitu 100 lebih lagi (rumah) itu diberi RM2,500,” katanya.
Anwar ditemui pemberita di kawasan kejadian. Terdahulu, perdana menteri diberi taklimat mengenai koordinasi penugasan oleh polis.
Perdana menteri juga berterima kasih kepada pihak berkuasa serta rumah ibadat yang berganding membantu mangsa.
“Saya akan kerahkan seluruh jentera kerajaan untuk ambil tindakan sesegera mungkin,” katanya.
Terdahulu, Menteri Besar Amirudin Shari mengumumkan letusan 8:10 pagi tadi telah berjaya dipadam sepenuhnya pada 3:45 petang.
Dua kawasan perumahan seluas 290m juga akan ditutup dan dikategorikan sebagai kawasan larangan, sehingga ia dipastikan selamat sebelum penduduk dibenarkan kembali ke rumah.
Sehingga kini, seramai 305 mangsa berjaya diselamatkan, katanya.
Bomba Selangor dilapor berkata sebanyak 190 unit rumah, 148 kereta dan 11 motosikal mengalami kerosakan dalam kebakaran itu.