
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata mangsa dalam laporannya semalam mendakwa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp pelaburan pada 16 Julai tahun lalu.
Beliau berkata, mangsa yang juga juruaudit syarikat pada mulanya melabur RM50,000 dalam pakej asas dan menerima pulangan modal serta keuntungan RM49,000.
“Dalam tempoh 16 Jan hingga 25 Mac lalu, mangsa membuat 26 transaksi ke lima akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM1.29 juta,” katanya menurut Harian Metro.
Yahaya berkata, wanita itu mula menyedari ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan kononnya sebagai caj pengeluaran keuntungan yang dianggarkan berjumlah RM3,150,754.63.
Menurutnya, wang itu adalah simpanan mangsa, gadaian barang kemas dan pinjaman daripada rakan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.