
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Azmi Rohani, berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading sebelum ini menempatkan 140 mangsa daripada 44 keluarga.
“Semua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu, Batu Pahat dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan kediaman masing-masing didapati selamat.
“Namun, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran ribut petir di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi, dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.24m.
Sejak 19 Mac, banjir di Johor menjejaskan enam daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, dan Batu Pahat dengan jumlah mangsa melebihi 13,000.