Bangunan P Pinang mampu tahan gempa hingga magnitud 7

Bangunan P Pinang mampu tahan gempa hingga magnitud 7

Ketua Menteri Chow Kon Yeow ulas ketahanan bangunan susulan gempa bumi Myanmar yang mana gegaran turut dirasai di negeri itu.

penang skyline komtar
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia termasuk Komtar dan jambatan negeri itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bangunan Pulau Pinang seperti Komtar dan jambatan direka bentuk dengan kemampuan menampung ukuran gempa sehingga tujuh skala ricter, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Katanya, negeri itu setakat ini tidak terkesan dengan gempa bumi yang melanda tengah Myanmar semalam.

“Memang dibina dengan mengambil kira gempa bumi sehingga satu tahap. Reka bentuknya dapat tampung dalam anggaran hingga tujuh skala richter,” katanya menurut Bernama selepas Program Jualan Rahmah Madani Parlimen Batu Kawan.

Beliau berkata, bomba Pulau Pinang sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan di bangunan tinggi.

Semalam, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) melaporkan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Myanmar pada 1.20 tengah hari dengan gegaran dirasai di Bangkok.

Sehingga kini, 1,002 terbunuh, 2,376 cedera, dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar.

Malah, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk di Komtar dan George Town serta penduduk yang tinggal di kawasan apartmen sekitar Butterworth.

Bomba Pulau Pinang juga menerima dua panggilan terus ke Balai Bomba Butterworth dan BBP Lebuh Pantai di George Town berhubung fenomena itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.