
Sathia berkata, keputusan untuk bertanding dibuat selepas mengambil kira pandangan pemimpin serta rakan-rakan separti lain.
Katanya, beliau turut membincangkan perkara itu dengan anggota Cabang Hulu Selangor dan akar umbi ketika lawatan ke negeri-negeri seluruh negara.
Dengan itu, beliau umum melepaskan jawatan sebagai pengarah Kongres Nasional PKR 2025, berkuat kuasa serta-merta, bagi mengelak sebarang percanggahan kepentingan dan memastikan ketelusan serta keadilan dalam proses perjalanan kongres.
“Saya yakin kepimpinan tertinggi parti akan melantik individu yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab ini bagi memastikan kelancaran kongres,” katanya.
Empat naib presiden yang dipilih pada 2022 terdiri daripada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad; dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Kesemuanya mengumumkan akan mempertahankan jawatan mereka.
Calon lain bertanding termasuk bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dan Ketua PKR Sungai Buloh R Ramanan.
Pemilihan jawatankuasa sayap Wanita dan Pemuda peringkat bahagian akan diadakan pada 11 hingga 20 April, manakala untuk Majlis Pimpinan Pusat dan ketua sayap Wanita serta Pemuda pada 24 Mei.