
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata catatan itu berkait penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.
Zamri sedang ditahan di IPD Padang Besar, Perlis, dan akan dibawa ke Mahkamah Kangar esok untuk permohonan reman.
Razarudin berkata, satu laporan dibuat di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung catatan tersebut, dan pengadu meminta polis siasat Zamri atas komen yang didakwa mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.
Kes disiasat di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Pelan memindahkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Jakel Trading Sdn Bhd memperoleh tanah itu pada 2012 dan lapan tahun kemudian mendapat kebenaran membina sebuah masjid, namun menangguhkan proses itu bagi ‘menghormati’ proses pemindahan kuil.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengumumkan kuil itu akan dipindahkan 50m dari lokasi semasa.
Jawatankuasa kuil telah bersetuju ia dipindahkan ke lokasi baharu berkeluasan 4,000 kaki persegi, sepadan dengan saiz rumah ibadat itu.