
Menulis tentang sesi itu di Facebook, Timbalan Pengerusi PN Hamzah Zainudin menggesa kerajaan menubuhkan suatu jawatankuasa yang dianggotai semua pihak berkepentingan termasuk wakil pembangkang dan badan bukan kerajaan, susulan beberapa kebimbangan mengenai RUU URA.
“Terdapat beberapa kebimbangan yang berasas mengenai RUU URA yang hendak dibentangkan kerajaan di Parlimen, kerana jika tidak diteliti dengan cermat oleh kerajaan, kesannya adalah ke atas rakyat tanpa mengira warna kulit atau agama,” katanya.
Sesi tersebut dianjurkan oleh Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali, menurut Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin.
Turut hadir pada sesi tersebut Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan, dan peguam Shamsher Singh Thind.