Beri status Bumiputera kepada Cina Sarawak, kata Sng

Beri status Bumiputera kepada Cina Sarawak, kata Sng

Ahli Parlimen Julau berkata sebilangan besar mereka lahir di negeri itu dan beri sumbangan besar kepada kesejahteraan ekonomi Sarawak.

larry sng
Ahli Parlimen Julau Larry Sng, berkata ramai nenek moyang Cina Sarawak menetap di negeri Borneo sekitar 150 tahun lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Julau Larry Sng cadang kepada kerajaan negeri pertimbang memberikan status Bumiputera kepada masyarakat Cina Sarawak.

Presiden Parti Bangsa Malaysia berkata, nenek moyang ramai orang Cina Sarawak telah menetap di negeri Borneo sekitar 150 tahun lalu, dan mereka dan keluarga mereka juga berada di Sarawak.

“Mengambil kira keunikan komposisi kaum, kepelbagaian agama, dan autonomi di kawasan tertentu, dengan menjadi wilayah dan bukan negeri, mungkin pemimpin Sarawak perlu mempertimbang memberikan status Bumiputera kepada orang Sarawak berketurunan Cina.

“Sejumlah besar daripada mereka dilahirkan di negara ini dan berkhidmat, berjuang, berkorban, dan memberi sumbangan besar kepada kesejahteraan ekonomi negeri.

“Ini adalah sesuatu yang saya harap kerajaan negeri akan mempertimbang dan menggubal undang-undang untuk manfaat negeri dan semua rakyatnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sng, bekas ketua PKR Sarawak, menambah seorang daripada kakitangannya berdarah campuran Cina dan Orang Ulu akhirnya diberi status Bumiputera hari ini, selepas menunggu 48 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.