Miliki bahan penganiayaan seksual, AGC fail rayuan terhadap denda RM6,000

Miliki bahan penganiayaan seksual, AGC fail rayuan terhadap denda RM6,000

AGC fail rayuan terhadap hukuman ke atas lelaki yang mengaku bersalah memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

agc
Seksyen 10 Akta 792 peruntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, kata AGC.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman denda RM6,000 ke atas seorang lelaki yang disabitkan kesalahan memiliki bahan penganiayaan seksual membabitkan anak tiri berusia 15 tahun.

Rayuan difailkan terhadap hukuman ke atas lelaki berusia 56 tahun itu, yang mengaku bersalah mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Akta 792) kerana memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, termasuk 18 rakaman video bogel dan beberapa gambar bogel kanak-kanak perempuan itu.

“Seksyen 10 Akta 792 memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan.

Pada 19 Mac lepas, Mahkamah Sesyen Muar menjatuhkan hukuman denda RM6,000 atau enam bulan penjara terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah memiliki 18 rakaman video dan beberapa gambar bogel anak tirinya berusia 15 tahun ketika mangsa sedang mandi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.