
Dikenali dengan gabungan unik buah-buahan, herba dan rempah ratus rahsia, Vimto telah menjadi kegemaran di Timur Tengah, UK, dan Afrika, dan kini bersedia menawan hati pengguna di Malaysia.
Pengarah Komersil Antarabangsa Vimto Matt Nichols berkata kehadiran jenama itu di Malaysia menandakan langkah penting dalam penembusan pasaran Asia Tenggara.
“Makanan dan minuman merupakan sebahagian besar kehidupan rakyat Malaysia, dan pengguna kini semakin peka terhadap nilai serta rasa yang menepati cita rasa mereka. Ini bermakna produk berkualiti kami berpotensi untuk berjaya di sini,” katanya.
Menurut Nichols, permintaan tinggi terhadap produk halal, infrastruktur runcit yang kukuh, serta budaya makanan yang pelbagai menjadikan Malaysia pasaran yang ideal untuk Vimto.
“Tahun ini, Vimto meraikan Ramadan ke-102 di Timur Tengah, dan buat pertama kalinya, kami turut menyambutnya di Malaysia. Ini hanyalah permulaan perjalanan kami untuk menjadi sebahagian daripada perayaan di negara ini,,” katanya.
Sejak pra-pelancarannya di 99 Speedmart pada Okt 2024, Vimto kini boleh didapati di peruncit utama seperti AEON, Giant, Mydin, TF Value-Mart, Seibu, Sogo, Isetan dan banyak lagi.
Rasa unik untuk selera rakyat Malaysia
Apa yang menjadikan Vimto begitu istimewa adalah rasanya yang unik – resepi turun-temurun yang hanya diketahui oleh empat individu di dunia, termasuk Nichols sendiri, yang merupakan generasi keempat daripada keluarga pengasas.

“Vimto bukan sekadar sebuah kordial campuran buah-buahan – ia sebenarnya sebahagian daripada tradisi. Sama ada sebagai dinikmati sebagai pembuka iftar Ramadan di Timur Tengah, jus kegemaran di UK, atau pilihan utama sesi kekeluargaan di Afrika, Vimto sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati semua peminat jenama ini.,” kata Nichols.
Khas untuk pasaran Malaysia dan peminat Vimto, resipi unik ini diformulasikan secara eksklusif untuk memenuhi cita rasa tempatan dengan gabungan blackcurrant (Ribes nigrum), raspberry, dan anggur.
Sekarang, setiap hirupan jus buah-buahan ini menawarkan kesegaran dan keenakan, menjadikan Vimto pilihan istimewa bagi rakyat Malaysia.
Dalam memastikan kejayaannya di Malaysia, Vimto bekerjasama dengan Universal NutriBeverage Sdn Bhd sebagai pengeluar sah dan Socma Trading (M) Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi.

“Kami bangga bekerjasama dengan Vimto International. Dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman, kami komited untuk mengekalkan kualiti tertinggi dan standard halal,” kata Pengarah Universal NutriBeverage, Terence Kuah.
Pengarah Socma Trading Eugene Yeo pula berkata: “Warisan lama dan rasa menyegarkan Vimto amat sesuai dengan budaya perayaan serta selera masyarakat Malaysia.”
Bukan sekadar minuman– Vimto bakal berkembang di Malaysia
Melangkah ke hadapan, Nichols menyatakan Vimto berhasrat memperluaskan kehadirannya melangkaui minuman kordial dengan memperkenalkan varian sedia diminum serta berkarbonat.
“Dalam jangka pendek hingga sederhana, fokus kami adalah membina jenama di Malaysia dan membentuk asas pengguna yang kukuh. Kami yakin Malaysia adalah platform terbaik untuk berkembang ke pasaran Asia Tenggara yang lain,” katanya.
Dengan warisan yang kaya, rasa yang unik, dan kerjasama strategik yang kukuh, Vimto sudah bersedia menjadi pilihan baharu yang digemari dalam industri minuman Malaysia – satu tegukan pada satu masa.
Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, raikan detik bermakna bersama Vimto, menyatukan keluarga, rakan dan insan tersayang dalam kegembiraan.
Tonton video eksklusif di sini untuk melihat sendiri keunikan Vimto di Malaysia.