Polis, SKMM diminta siasat individu hina Nabi Muhammad di FB

Polis, SKMM diminta siasat individu hina Nabi Muhammad di FB

Tindakan hina mana-mana agama boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam, tegas Menteri Aaron Ago Dagang.

aaron ago
Menteri Aaron Ago Dagang kata kerajaan akan bertindak tegas terhadap individu yang cuba timbul perpecahan atau ketegangan antara kaum dan agama.
KUALA LUMPUR:
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook, Khor Soon Seat, yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Tegasnya, tindakan menghina mana-mana agama mencabuli prinsip keharmonian dan perpaduan negara, dan boleh mengundang akibat yang sangat serius kepada keamanan serta ketenteraman awam.

Aaron beri amaran tegas bahawa sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama lain akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi oleh pihak penguat kuasa.

“Saya ingin mengingatkan bahawa tiada ruang untuk sebarang bentuk kebencian atau provokasi agama di negara ini. Kerajaan akan bertindak tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan perpecahan atau ketegangan antara kaum dan agama,” katanya di Facebook.

Aaron berkata Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian agama dan budaya, justeru setiap individu wajib menghormati serta menjaga sensitiviti agama masing-masing.

“Setiap warganegara wajib faham, hormat, dan terima kepelbagaian yang ada. Marilah kita semua hidup dalam suasana yang penuh hormat dan saling memahami demi menjaga keamanan serta keharmonian negara yang kita cintai ini,” katanya.

Tular baru-baru ini mengenai individu bernama Khor Soon Keat, yang dikatakan menghina Nabi Muhammad menerusi catatan di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.