Pindaan Akta Rukun Tetangga berkuat kuasa hari ini

Pindaan Akta Rukun Tetangga berkuat kuasa hari ini

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata ia mencerminkan komitmen kerajaan dalam perkasa institusi komuniti.

logo baru KRT
Akta Rukun Tetangga 1975 (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Dis 2025 dan di Dewan Negara pada 17 Dis 2025 dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
PETALING JAYA:
Akta Rukun Tetangga 1975 (Pindaan) 2025 yang berkuat kuasa secara rasmi hari ini, mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa institusi komuniti demi kesejahteraan rakyat yang inklusif dan harmoni.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata pindaan itu diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Dis 2025 dan di Dewan Negara pada 17 Dis 2025 dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Penguatkuasaan pindaan ini menjadi langkah penting dalam mentransformasikan peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) agar lebih dinamik, responsif dan berkesan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Aaron berkata antara fokus utama pindaan tersebut adalah penyelarasan tempoh pelantikan dan pemantapan peruntukan sedia ada.

Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang.

Katanya, pemanjangan tempoh pelantikan anggota jawatankuasa KRT adalah penting bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelestarian program komuniti.

Menurutnya, penambahbaikan peruntukan sedia ada menjadikan ia kekal relevan dengan keperluan semasa serta cabaran sosial di peringkat akar umbi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.