
Katanya, tidak semua artis veteran berkemampuan meskipun suatu masa dulu mereka pernah mencipta nama.
“Namun, kini ada sebahagian mereka yang berdepan dengan kesukaran hidup…ada terpaksa menumpang bersama anak, ada yang hanya mampu menyewa bilik, dan ada kehilangan punca pendapatan akibat masalah kesihatan sehingga tidak mampu memiliki kediaman sendiri,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata demikian selepas majlis iftar dan sumbangan wang tunai RM1,000 sempena Aidilfitri kepada 13 artis veteran, di Kuala Lumpur.
DJ Dave berkata, kira-kira 16 artis veteran terdiri pelakon, penyanyi, dan pemuzik masih menunggu jawapan untuk mendapatkan rumah PPR.
Katanya, penyediaan rumah mampu milik untuk artis veteran bukan hanya soal kebajikan, tetapi juga sebagai penghargaan sumbangan mereka kepada negara.
Sejak penubuhannya 13 tahun lalu, yayasan itu telah membantu hampir 1,900 artis veteran termasuk melalui bantuan kewangan dan program sosial bagi meringankan beban golongan itu.