
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata digunakan dalam kejadian itu.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘multiple sharp force trauma to the head and neck’ dan siasatan mendapati telefon bimbit milik mangsa juga hilang,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.
Khamis lalu, mayat seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan belakang badan ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong selepas seorang wanita tempatan terhidu bau busuk dari rumah mangsa.
Wan Azlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat R Ray Erindra Raj menerusi talian 019 6616640 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.