
PETALING JAYA: Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan akan menamatkan khidmatnya sebagai presiden esok, selepas had penggal enam tahun.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada media yang menyokong usaha TI-M memerangi rasuah dalam negara.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi anda terhadap usaha advokasi kami memerangi rasuah di Malaysia sejak enam tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.
Muhammad mengambil alih jawatan presiden TI-M pada 2019, menggantikan Akhbar Satar.