Mayat warga emas ditemukan dalam rumah, polis syak dibunuh

Mayat warga emas ditemukan dalam rumah, polis syak dibunuh

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata terdapat kecederaan pada kepala, telinga dan belakang badan mangsa.

wan azlan
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata mayat lelaki itu ditemukan petang semalam selepas seorang wanita menghidu bau busuk dari rumah mangsa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mayat seorang warga emas dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam keadaan sudah berbau di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.

Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 3 petang selepas seorang wanita menghidu bau busuk dari rumah mangsa, lapor Bernama.

Wan Azlan berkata hasil siasatan awal forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan mangsa yang berumur dalam lingkungan 70an.

“Hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbit mangsa tidak dijumpai namun tiada barangan lain yang hilang,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat R Ray Erindra Raj di talian 019-6616640 atau balai polis berhampiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.