
Semalam, keterangan Ismail dirakam hampir enam jam, apabila beliau hadir ke ibu pejabat SPRM kira-kira 9.45 pagi dan hanya beredar pada 3.15 petang.
Proses merakam keterangannya tertangguh dua kali sebelum ini, iaitu pada 5 Mac dan 7 Mac, setelah beliau mengemukakan sijil sakit.
Ismail berkata semalam bahawa beliau akan memberi kerjasama sehingga siasatan membabitkannya selesai.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini mengesahkan keterangan Ismail diambil bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram berkait empat pegawai kanannya yang telah ditahan.
Terdahulu, SPRM mendedahkan kira-kira RM170 juta wang tunai dan 16kg jongkong emas bernilai jutaan ringgit dirampas dalam serbuan di kediaman empat pegawai berkenaan serta tiga premis lain dipercayai sebagai ‘safe house’.