
Mercu tanda terbabit Istana Negara, Pintasan Saloma dan Masjid Jamek Cina Muslim Klang, kesemuanya terletak di Lembah Klang yang menjadi tumpuan ramai terutama pelancong.
Nippon Paint menyenaraikan peranan cat keluarannya dalam menjaga mercu tanda ikonik terbabit serta menambah keindahannya yang seperti berikut:
Istana Negara
Menjaga keindahan Istana Negara yang siap dibina pada 2011 bukan mudah dan Nippon Paint telah berperanan dalam mengekalkan keagungannya. Istana ini telah dicat semula pada tahun 2017 dan 2024 bagi memastikannya kekal anggun sepanjang zaman.
Siri Nippon Paint Weatherbond®, yang diformulasikan dengan Quartz Technology, menjamin ketahanan jangka panjang terhadap unsur cuaca.
Beberapa lapisan khas digunakan termasuk Nippon Paint PU Recoatable Finish (9307 Gold) untuk kubah dan pagar, Nippon Paint Weatherbond® (PRO 0007 White Satin) untuk dinding umum, serta Nippon Paint Royal Stone (RS 15096 (A)) untuk dinding khas.
Lapisan pelindung ini bukan sahaja memperindah struktur tetapi juga memberikan perlindungan unggul, untuk mengekalkan kemegahan Istana Negara.
Pintasan Saloma
Jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter dinamakan sempena nama Saloma, penyanyi legenda yang juga isteri kepada P Ramlee turut menerima sentuhan cat Nippon Paint.
Untuk mengekalkan keindahan struktur ini, Nippon Paint PU Recoatable Finish (RAL 7047) digunakan.
Lapisan ini bukan sahaja memperkayakan estetika jambatan tetapi juga direka khas untuk persekitaran atmosfera, memberikan kemasan berkilat tahan lama dengan daya tahan tinggi terhadap calar, hentakan, kelembapan, dan percikan bahan kimia ringan.
Masjid Jamek Cina Muslim Klang
Masjid Jamek Cina Muslim Klang yang menjadi lambang perpaduan dibina dengan menggabungkan pengaruh Islamik dan Cina, diinspirasikan daripada Masjid Besar Xi’an di China.
Untuk memastikan keindahan masjid ini terserlah, Nippon Paint Weatherbond® (Purple Lint 160) digunakan pada dinding luar, manakala dinding luar menggunakan Nippon Paint Weatherbond® (Affogato NP AC 2134 A) dan (Weathervane NP N 1987 T).
Siling dan dinding dalamannya dicat dengan Nippon Paint Matex Pro (White 9102) untuk memberikan sentuhan halus dan tahan lama.
Struktur seperti kekuda bumbung besi dilindungi dengan Nippon Paint 9000 Gloss Finish (Bedrock Bottom NP N 1981 A), manakala pintu dan jeriji logam diperkemaskan dengan Nippon Paint 9000 Gloss Finish (Mahogany 1136) dan Nippon Paint Timber Finish (Teak T104).
Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia Tay Sze Tuck berkata pihaknya berbangga kerana dapat menyumbang kepada projek ikonik yang meraikan kepelbagaian identiti seni bina Malaysia selama beberapa dekad.
“Namun, lebih daripada sekadar lapisan cat, kami juga peneraju dalam industri pembinaan, sebagai pembekal Total Coating & Construction Solutions (TCCS) yang menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang melangkaui fungsi cat semata-mata.
“Nippon Paint terus meneroka batasan melalui inovasi dan penyelesaian yang serasi, dari permukaan konkrit kasar sehingga ke kemasan akhir,” katanya.
Menurutnya, perkara iru dilakukan melalui pelbagai penyelesaian inovatif, termasuk penyelesaian simen pracampuran, kalis air, lantai (dan sealan, pelekat serta pengisi binaan.
“Salutan pelindung serta salutan seni bina bagi memastikan mercu tanda seni bina bukan sahaja indah tetapi juga kukuh dari segi struktur,” menurut Tay sambi menjelaskan cat keluarannya turut digunakan di projek kediaman seperti CIMB Hub dan Nestress Residence di Kuala Lumpur