Batik Air, MAB dan AirAsia tambah penerbangan ke Sarawak sempena Aidilfitri

Batik Air, MAB dan AirAsia tambah penerbangan ke Sarawak sempena Aidilfitri

Bermula 26 Mac hingga 6 April tiga syarikat penerbangan itu akan menambah penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Miri serta Bintulu.

Menteri Pengangkutan Sarawak Lee Kim Shin berkata penerbangan tambahan itu diperlukan untuk mengatasi peningkatan permintaan perjalanan semasa musim perayaan.
KUCHING:
Batik Air, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia bersetuju menambah penerbangan ke Sarawak sempena Aidilfitri bakal tiba.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Lee Kim Shin, berkata penerbangan tambahan itu diperlukan untuk mengatasi peningkatan permintaan perjalanan semasa musim perayaan.

“Bermula 26 Mac hingga 6 April, ketiga-tiga syarikat penerbangan tersebut akan menambah penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kuching, Sibu, Miri serta Bintulu – untuk mengurangkan kesesakan dan memastikan rakyat Sarawak dapat berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menggalakkan pengembara menempah tiket lebih awal bagi memastikan perjalanan mereka terjamin.

“Kementerian saya akan terus bekerjasama dengan syarikat penerbangan utama untuk memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan awam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.