Mangsa banjir Sabah turun kepada 2,655 orang

Mangsa banjir Sabah turun kepada 2,655 orang

Ia menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga berbanding 3,114 orang daripada 1,488 keluarga malam tadi.

Banjir Sabah 14FEB
Beaufort masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi dengan 1,719 orang, diikuti Membakut melibatkan 422 orang dan 514 orang di Tenom. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 3,114 orang daripada 1,488 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir berkenaan menurun, kerana keadaan banjir di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu sebelum ini semakin pulih dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Direkodkan di Beaufort masih 1,719 mangsa daripada 556 keluarga di tujuh PPS, Membakut (422 orang daripada 50 keluarga di lima PPS), dan Tenom (514 orang daripada 210 keluarga di sembilan PPS).

“Sebanyak 36 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 16 di Tenom, dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.